Thesis tentang Kitab Fadhoil Amal (Bab Sholat)

Kitab ini telah dikarang oleh al-Syeikh Maulana Muhammad Zakariya merupakan seorang ulama hadith yang ulung.  Kitab ini mengandungi lebih daripada 40 buah hadith yang terdiri pelbagai darjat dan saling menguatkan antara satu dengan yang lain dari segi makna, maksud dan martabatnya.

Tambahan daripada itu, kitab ini mengandungi kelebihan-kelebihan solat, ancaman serta peringatan akan azab bila mana seseorang muslim meninggalkannya, keutamaan solat berjemaah serta ancaman meninggalkan solat berjemaah, kisah-kisah orang soleh mencapai hakikat khusu’ dalam solat dan tatatertib dan cara yang dapat mencapai hakikat solat yang dicadangkan oleh para ulama.  Kitab ini ditulis atas permintaan al-Syeikh Maulana Muhammad Ilyas rah. Dan penulisannya selesai pada 7 Muharram 1358 H/ 1939 M.

Kitab ini mengandungi 87 halaman dan telah diterjemah ke dalam berbagai bahasa seantero dunia yang di antaranya ialah Bahasa Arab dengan tajuk Makān al-Solah fī al-Islām wa Ahammiyatuhā fī Hayah al-Muslim oleh Maulana Muhammad Hassan al-Nadwī.  Bahasa Burma oleh Maulana Muhammad Musa, Bahasa Inggeris oleh Abd al-Rasyid Arsyad, Bahasa Madrasi oleh BA Khalil al-Rahman, Bahasa Benggali oleh Maulana Abd al-Majid, Bahasa Talgha oleh Syed Nurullah Qdiri, Bahasa Malyam oleh Mulwi Muhammad Abd al-Qadir, Bahasa Tamil oleh Khalil al-Rahman, Bahasa Perancis oleh Maulana Ahmad Said, Bahasa Gujrat oleh Munshi Isa Ibrahim, Bahasa Parsi oleh Maulana Asyraf MA, Bahasa Malaysia oleh Haji Yacqub, Bahasa Sahili (Afrika) oleh al-Syeikh Miqdad Yusuf, Bahasa Pushto oleh Haji Muhammad Abd Khaliq dan lain-lain bahasa yang wujud di dunia ini.

4.1.1    Hadith 1

عن بن عمر رضي الله عنهما قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ((بني الإسلام على خمس شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة والحج وصوم رمضان))

Maulana Zakariya telah menyatakan bahawa hadith ini telah dikeluarkan oleh al-Bukharī, Muslim dan selain daripada keduanya.  Mengikut kajian yang telah dibuat oleh penulis hadith ini telah diriwayatkan oleh

1.         al-Bukhārī, Sahīh al-Bukhārī, kitab al-imān, bāb ducāukum imānukum, juz 1, hlmn 8, bilgn 117.

2.         Muslim, Sahīh Muslim, kitab al-solah, bab bayān arkān al-islām wa dacāemih al-czam, juz 1, hlmn 19, bilgn 187.

3.         al-Tirmizī, Sunan al-Tirmizī, kitab al-solah, bab mā jāa buniya al-islām calā khams, juz 1, hlmn 190, bilgn 2534, hukumnya hasan sahīh[1] Hadith ini diriwayatkan dengan pelbagai jalan periwayatan daripada Ibn cUmar, seorang perawi dalam hadith ini bernama Sucair bin al-Khims dihukum thiqah.

4.         al-Nasāei, Sunan al-Nasaei,  kitab al-imān wa syaracihi, bab cala kam buniya al-Islam, jilid 1, hlmn 443, bilgn 5016. Hadith ini muttafaq calaihi.

5.         Ahmad, Musnad Ahmad, hadith cAbdullah bin cUmar bin al-Khattab, bilg 4798.

6.         Ibnu Khuzaimah,  Sahīh Ibnu Khuzaimah, bab al-zikr al-dalil cala an iqāmah al-solāt min al-islām juz 1, bilgn 308-309 dan bāb zikr al-bayān an saum syahr Ramadān min al-Islām bilgn 1880.

7.         Ibn Hibān, Sahīh Ibn Hibān, bab al-bayān bi an al-imān wa al-islām li macnā wāhid, juz 1, hlmn 374, bilgn 157. Isnad hadith ini dihukm sahih dengan syarat al-Bukharī dan Muslim.

4.1.2 Rangkaian Sanad

عبد الله

عكرمة بن خالد

حنظلة

عبيد الله     عبد الله     المعافي  وكيع بن الجراح

ب       محمد      محمد         محمد

م         حم         ت

4.1.3    Hukum Hadith

Muhammad Nāsir al-Dīn al-Albānī menghukum hadith ini sebagai sahih.  Hadith ini terdapat di dalam hadith yang diriwayatkan oleh cAbdullah bin cUmar[2], Jarir bin cAbdullah al-Bajlī dan cAbdullah bin cAbbas.[3] Dr Mustafa Muhammad Husain al-Zahabī menghukum hadith ini sebagai hasan sahih sama seperti Abu cIsā.[4] Yusuf al-Qardawī mengatakan hadith ini diriwayatkan oleh al-Bukharī dan Muslim daripada cAbdullah bin cUmar.  Manakala Ahmad, Ibn Syaibah, Abī Yaclā, al-Tabranī meriwayatkan hadith daripada Jarīr bin cAbdullah al-Bajlī dan Ibn al-Najjar meriwayatkan hadith daripada Abū Hurairah seperti yang terdapat di dalam Jamc al-Jawamic oleh al-Suyutī.[5]

al-Nawawi menghukum hadith ini Sahih dari segi makna disebabkan berbeza kedudukan puasa dan haji di dalam hadith sahih yang lain.[6] Ibn Balban menghukum hadith ini sahih dengan syarat al-Bukharī dan Muslim.[7] al-Suyutī dan al-Sindī mengatakan hadith ini muttafaq calaih.[8]


[1] Hasan sahih bermaksud sanad-sanad hadith ditemui berbilang-bilang hingga mencapai darjat sahih.  Dihimpunkan lafaz hasan kepada lafaz sahih bertujuan untuk menerangkan hadith tersebut terkeluar daripada had gharib.

[2] Hadith cAbdullah bin cUmar terdapat di dalam al-Bukhari (1/10, 3/204(mauquf)) Muslim (1/35) al-Nasaei (2/268) al-Tirmizi (2/101, 2/100-101) Ahmad (2/120 &143, 2/26, 2/93) al-Baihaqi (4/199). Hadith Jarir terdapat di dalam Ahmad (4/363) al-Tabrani (1/113).  Hadith cAbdullah cAbbas terdapat di dalam al-Tabrani (2/177/3) Ibn Abi Hatim (259/1/3) al-Suyuti (1/392/1).

[3] al-Albani, Muhammad Nasir al-Din. Irwa’ al-Ghalil fi Takhrij Ahadith Manar al-Sabil. hlmn 248.

[4]Abu cIsā Muhammad. Sunan al-Tirmizī. Pent. Mustafā Muhammad Husain al-Zahabī, Edisi Pertama, al-Qāherah: Dār al-Hadith.  hlmn 443.

[5] Yusuf al-Qardawī.  al-Muntaqa min Kitab al-Taghrib wa al-Tarhib. al-Qaherah, hlmn 160.

[6] al-Nawawī.Sahīh Muslim Bisyarh al-Nawawī. Pent. Muhammad Muhammad Tāmir. hlmn 190

[7]al-Amīr cAeilā al-Dīn cAlī Balbān.  Sahīh Ibnu Hibban Bitartīb Ibn Balbān. Pent. Syucaib al-Arnauth. hlmn 430

[8] al-Suyutī & al-Sindī. Sunan al-Nasaei bī Syarh al-Imamain al-Suyutī & al-Sindī. Pent. al-Syed Muhammad Syed, Syed cImrān & cAlī Muhammad cAlī. hlmn 443.

Ringkasan diatas diambil dari salah satu tesis seorang pelajar malaysia tentang hadits-hadits dalam kitab fadhoil amal (khususnya bab sholat).  Apabila ingin mendapatkan secara lengkap isi dari tesis tersebut silahkan ke sumbernya langsung..http://www.mediafire.com/file/1imthn5ymtc/TESIS-Hadith-Daif.doc

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: